fbpx

Tahniah kami ucapkan kepada Syaiful Zero yang kini sudah pun sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, semalam (24 Julai).

BACA: Rumah Keluarga Zero Hangus Terbakar Di Sabah

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000. Buat masa ini, pelawak ini dan pasangannya masih lagi belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding.

Mengikut perancangan sebelum ini, Syaiful menangguhkan tarikh perkahwinannya dari Februari ke Julai kerana ingin menghantar ibunya menunaikan umrah serta membuat rumah baru di kampung halamannya. Namun Jun lalu, rumah mereka di Sabah itu, hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Semoga rezeki dan juga segala perancangan Syaiful dan juga kumpulan Zero selepas ini akan sentiasa berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Enjoice! (rtky/s)