fbpx

Scha al-Yahya Sedia Tambah Cahaya Mata, Idam Anak Kembar

Kini cahaya mata pertama Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya, Lara Alana sudah pun berusia 1 tahun empat bulan. Rupa-rupanya Scha memberitahu bahawa dia dan suami kini sudah bersedia untuk menambah cahaya mata.

BACA: Scha al-Yahya Akui Serik Bercuti Bersama Lara Alana

“Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah, jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya”

“Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama. Kalau boleh saya nak kembar (lelaki dan perempuan). Kerana lepas itu mungkin boleh tutup kedai”

“Bagaimanapun, saya dan Awal tidak kisah sebenarnya anak kedua kami lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya ada keistimewaan. Jika anak lelaki, nanti besar dia boleh tolong jaga kakaknya, dan jika perempuan pula, boleh bermain masak-masak dengan Lara,” jelas Scha kepada Sinar Harian.

Menurut Scha, walaupun dia sibuk dengan kerjaya, namun dalam masa yang sama, dia turut meluangkan masa untuk bersama keluarga. Semoga hajat Scha sekeluarga untuk beroleh kembar akan termakbul dan pastinya ia akan menggembirakan peminat. (rtky/s)