fbpx

“Saya Tidak Takut Kena Siasat Dengan Polis”

Yakin dan menjelaskan bahawa dirinya tidak bersalah, bekas suami Fasha Sandha, iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai meminta agar pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan kononnya dia mengganggu dan menceroboh rumah bekas isterinya itu.

BACA: Fasha Sandha Buat Laporan Polis Terhadap Jejai

“Saya benar-benar berharap dan meminta pihak polis menyiasat kes ini untuk mengetahui kebenarannya. Kalau saya salah, siasatlah! Saya tidak takut dan tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam berhubung hal ini dan dinasihatkan untuk tidak bercakap banyak dulu”

“Saya sangat malu dan terkejut apabila media melaporkan kes itu sejak semalam dan pada hari ini saya lagi terkejut.
Apa yang saya boleh tegaskan adalah apa juga yang dilaporkan adalah sama sekali tidak benar. Saya akan ambil tindakan terhadap pihak yang memalukan saya,” katanya.

Menurut laporan daripada Mstar Online, difahamkan bahawa Jejai sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan mengganggu kehidupan Fasha apabila aktres itu bersama rakan-rakannya. Tertekan dengan situasi tersebut, Fasha dipercayai membuat laporan polis untuk perlindungan diri.

Fasha dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. (rtky/s)