fbpx

“Saya Akui Tak Mampu Jaga Anak Kembar”

Menerima kehadiran cahaya mata kembar merupakan salah satu perkara yang bermakna buat pasangan suami isteri. Bagaimanapun, menurut pelakon Eina Azman, dia mengakui tugas untuk menjaga cahaya mata kembarnya bukanlah mudah.

BACA: Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar

“Saya tidak mahu berpura-pura kononnya saya boleh menjaga anak kembar saya tanpa bantuan kerana sebenarnya saya memang tidak mampu. Tugas itu terlalu berat tambahan pula mereka masih kecil dan saya perlukan pembantu untuk membantu saya menguruskan mereka”

“Bagaimanapun ia bukan bererti saya melepaskan tanggungjawab kepada pembantu sebaliknya banyak perkara yang saya lakukan sendiri kerana tidak mahu ketinggalan saat melihat mereka membesar di hadapan mata saya,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu melalui perkembangan karier pula, Eina akan kembali aktif dalam bidang lakonan bermula penghujung tahun ini malah kini sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan. (rtky/s)