fbpx

“Saya Tak Kata Proton Kereta Orang Miskin”

Berikutan status merendah-rendahkan jenama kereta buatan Malaysia, Proton di laman sosial Facebook miliknya menjadi viral, Mark Adam tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk memuat naik status. Malah katanya, beliau pernah dimarahi orang ramai suatu ketika dulu kerana percayakan status palsu itu.

Screen Shot 2016-07-14 at 3.43.00 PM

“Itu bukan Facebook saya dan saya tak pernah buat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook. Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya. Saya sudah periksa Facebook itu, ternyata bahasa yang digunakan tidak seperti percakapan saya”

“Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya sendiri dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Selain itu semalam juga ada wakil daripada pihak Proton yang menghubungi saya dan bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu berkenaan yang telah mengaitkan dirinya dengan status yang menimbulkan kemarahan orang ramai sebelum ini, Mark telah memberi amaran menerusi mesej berbentuk peribadi kepada akaun palsu tersebut. Namun sehingga kini individu terbabit masih berdiam diri dan tidak membalas mesej tersebut.

Sebelum ini, terdapat sebuah akaun laman sosial, Facebook menggunakan nama Mark Adam telah menaikkan kemarahan orang ramai apabila status itu merendahkan kualiti kereta buatan Malaysia, Proton. Disamping itu, akaun palsu itu juga ada menulis bahawa kereta jenama Proton ini hanya diguna pakai oleh golongan yang tidak berkemampuan sahaja. (rkty/w)