fbpx

“Saya Tak Berdendam Dengan Ruhainies”

Selepas kecoh kontroversi mengenai suaminya, Dato Seri Adnan Abu yang keluar berduaan secara mesra dengan pelakon, Ruhainies, Adira Suhaimi berharap isu rumah tangganya tidak disensasikan lagi. Bagaimanapun, beliau akui terguris hati dengan apa yang berlaku walaupun dirinya cuba untuk tidak melayan komen pedas di laman sosial mengenai perkara itu.

BACA: “Biar Adira Rasa Apa Yang Pernah Saya Rasa”

“Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya”

“Cuma diharap jangan mengaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya lagi. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Jadi tidak perlu dihebahkan kepada orang luar,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara berkenaan.

Setelah lama mendiamkan diri dan memilih enggan memberikan komen ketika kontroversi itu tengah hangat diperkatakan ramai, Adira akhirnya tampil memberikan kenyataan. Pada masa yang, beliau turut mengesahkan berita kehamilan yang diumumkan oleh suaminya tempoh hari adalah benar namun masih belum berkesempatan untuk ke klinik untuk pemeriksaan.

Tambahnya lagi, berikutan situasi yang agak panas mengenai kontroversi membabitkan suaminya, Adira mengambil keputusan untuk menangguhkan pemeriksaan doktor. Sementara itu, Adira pada masa yang sama tidak mahu mengambil pusing tentang perkara lain dan hanya ingin menumpukan perhatian pada kandungannya yang baru memasuki dua minggu. (rkty/w)