fbpx

“Saya Tahu Ramai Cakap Saya Suka Tunjuk Baik”

Kerana kerap berkongsi cara kehidupan Islam yang diamalkannya sekeluarga, Yatt Hamzah menyedari hakikat bahawa ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara itu. Malah, beliau juga dituduh hanya berbuat baik kerana ingin menutup keburukan diri sendiri.

BACA: Yatt Hamzah Kini Sah Hamil Dua Bulan

“Saya tahu ramai yang bercakap belakang kononnya saya hanya sekadar tunjuk baik. Saya juga maklum ada segelintir pihak menggelarkan saya sebagai Yatt Sejadah. Biarlah apa mereka hendak cakap. Malas mahu melayan atau berbalah dengan orang yang mempunyai mentaliti begini”

“Lagipun dari dulu lagi saya sering menjadi mangsa kritikan. Lebih baik saya ambil pendekatan tidak ambil serius dengan setiap isu berkaitan diri. Masyarakat sering menyalah anggap bahawa wanita berhijrah atau bertudung juga manusia yang akan buat kesalahan dalam hidup,” katanya kepada Berita Harian Online.

Bagaimanpun katanya, perkongsian foto yang dimuat naik dilaman sosial beliau hanya berniat untuk memberi inspirasi kepada umum untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Tetapi nampaknya tindakan itu sering disalah anggap oleh orang ramai hanya kerana beliau seorang selebriti yang membuat keputusan untuk berhijrah.

Namun begitu, Yatt masih bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bersikap memahami apabila berdepan dengan situasi seumpama ini. Malah katanya, suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin juga kelihatan lebih tenang menghadapi segala tomahan yang dilemparkan kepadanya berbanding dirinya sendiri. (rkty/w)