fbpx

“Saya Sedar Silap & Kejahilan Diri Sendiri”

Gara gara sekeping gambar yang tersebar di internet baru baru ini, Uqasha Senrose nampaknya tidak henti henti menerima kritikan peminat tentang cara pemakaian beliau selain sering menerima kata kata kesat di laman sosial peribadi beliau.

BACA: Uqasha Senrose Tampil Seksi, Bercuti Bersama Iqram Dinzly?

Dalam kenyataan terbaru kepada Utusan Malaysia, Uqasha Senrose seakan mengakui kesilapan yang beliau lakukan itu dan meletakkan kejahilan diri sendiri serta cetek ilmu agama sebagai punca kenapa beliau masih melakukan kesilapan dalam hidup.

“Bila difikirkan kembali, saya sedar itu semua kesilapan di atas kejahilan diri sendiri yang masih terlalu cetek ilmu agama. Sebenarnya, bagi saya, manusia ini banyak dugaannya dan kejadian itu merupakan dugaan yang telah tertulis untuk saya”

“Saya akui, iman diri ini tidaklah sekuat mana, kadang kuat, kadang ke laut juga”

“Saya mahu berterima kasih sebenarnya kerana jika tiada yang menegur kesilapan yang dilakukan, mungkin sehingga hari ini saya akan terus melakukan tindakan yang sama tanpa menyedari benda itu salah,” ujar Uqasha Senrose lagi.

Pelakon yang sednag popular dengan drama Tundukkan Playboy Itu mengakui yang tawaran kerja datang mencurah selepas kontroversi tersebut namun beliau akan lebih memilih tawaran yang baik untuk kerjayanya dan tidak tamak untuk mengaut semua. (rtky/m)