fbpx

“Saya Bukan Nak Menunjuk Rumah Baru”

Siapa tidak teruja setelah berhempas pulas berusaha akhirnya mampu memiliki sebuah rumah dengan duit sendiri, begitulah juga dengan Neelofa yang baru-baru ini berkongsi ruang di rumah barunya di laman Instagram. Namun ada pula pihak mengatakan beliau cuba menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki sehingga tidak memikirkan faktor keselamatan.

BACA: Neelofa Bakal Tunai Ibadah Haji September Ini

“Ia adalah hak peribadi saya yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum. Orang tidak mengetahui lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsinya di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa saja dilaman sosial. Jika tak dikongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsikannya di laman youtube Ilofayou”

“Rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ianya diubah suai. Saya juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat bersama kakak saya,” katanya kepada m Star Online mengenai rumah barunya yang baru sahaja siap diubah suai hampir setahun lalu dan bakal berpindah dan tinggal di rumah baru itu.

Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya pula, Neelofa ada mendedahkan bahawa beliau akan kembali beraksi dalam drama terbaru berjudul Suri Hati Mr Pilot yang akan digandingkan bersama dengan pelakon kacak, Fattah Amin selepas tiga tahun berehat dari dunia lakonan dek kerana memberikan perhatian sepenuhnya serta sibuk didalam bidang perniagaan.

Sebelum ini, Neelofa juga sempat mengumumkan berita baik dimana beliau bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan. Walau apapun, semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang akan dipermudahkan olehNya dan semoga Neelofa juga terus dilimpahkan dengan rezeki dan sukses didalam bidang yang diceburi. (rkty/w)