fbpx

“Saya Boleh Buat Filem Nik Aziz, Tapi…”

Mengakui bahawa tidak mustahil untuk menghasilkan sebuah filem yang mengisahkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu hari nanti, pengarah Aziz M Osman berkongsi kepada Sinar Harian bahawa perkara tersebut hanya akan dilakukan ia memenuhi harapannya.

BACA: Aziz M Osman Nekad Bersara

Menurut pengarah filem ini, impian untuk menghasilkan filem tersebut hanya akan dapat menjadi realiti sekiranya – masyarakat negara ini bersatu dari segi hati dan pemikiran.

“Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud”

“Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, hari ini.

Disoal mengenai siapa yang akan didekati untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz berkata, dia mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangkan raut wajah Allahyarham juga seiras dengan bapanya.

“Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, Insya- Allah saya akan buat filem Allahyarham,” katanya. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Online