
Tajuk di’atas sebenarnya sering di’gunakan akhbar arus perdana. Kami publikasi yang kecil ini pun mahu turut serta.
Pagi ini kami menerima e-mail dari Fad Manaf yang merupakan salah seorang orang kuat di’belakang pembangunan scene indie Malaysia.
Jika tahun lepas, orang yang sama membawa Estrella & Seven Collar T-shirt ke United Kingdom, kali ini mereka membawa sebuah lagi band berpengaruh tempatan, Couple.
Mereka juga pernah membawa Hujan ke United Kingdom sekitar tahun 2008. Usaha mereka nampaknya berterusan kali ini.
Jika anda tertanya-tanya siapa mereka ini, mereka adalah Kugiran Negara ke UK Enterprise (KNUKE), yang bermatlamat menaikkan imej muzik Malaysia ke’mata dunia.
Couple akan memulakan persembahan mereka di UK bermula 19 Mac ini di Students’ Union, University of Manchester.
Jika ada pembaca kami yang berada di UK & berminat untuk menonton salah satu band hebat dari Malaysia ini, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang tiket melalui lawan web rasmi KNUKE.




gile gempak…cayalah
love u yes couple
salam 1malaysia,
saya bukan apa.. tapi saya hendak tahu lebih lanjut tentang band2 indie dari malaysia yg terbang ke UK atau negara barat yg lain.. adakah mereka pergi ke luar negara atas kerana org2 putih minat akn musik mereka atau ia hanya undangan yg dibuat oleh student2 Malaysia yg belajar negara itu? jika ia hanya 1 undangan maka istilah ‘Gegar’ belum layak digunakan kerana band2 Malaysia terutamanya indie2 band dari Malaysia pergi ke luar negara bukan kerana musik mereka digilai oleh rakyat di negara barat akn tetapi ia hanya digilai oleh segelintir budak2 Malaysia yg belajar di luar negara..
saya bukan hendak menjatuhkan maruah atau menghina band indie dari Malaysia akn tetapi tidak kah lebih baik kita mengatakan sesuatu perkara dgn mengunakan tujuan dan ayat yg benar.. dan bukan hanya mengunaka sesuatu ayat yg ingin melahirkan suatu perasaan yg Palsu..
Music Couple belum mampu menggegar la. setakat lagu 3 chord, nak gegar ape? huh!
Tok: Rotikaya je yang lebih sudu dari kuah.. dorang ni rilek je nak bermusik..
zara : muzik couple hanya 3 chord?? mn saudara tau?? pemikiran suadara terlalu cetek la…klu saudara biasa ke rainforest music festival…ade group main muzik pakai bahan terbuang lg…lg mudah dr 3 chord..tp gah jugak nama group nih smp ke malaysia la dtg…
couple sebuah band yg line up dia dari perak dn kl..
da hampir 8thn da band nih tertubuh….
dorg ade material yg hebat…kita patut sapot band kite ke luar sana…bkn nk kondem…
Alaa..yang pergi tengok pun student2 Malaysia je…mana ade Mat Saleh pergi pun…! Banyak band dia orang sendiri kat sana…sape lah yang nak beli tiket nak tengok budak2 Melayu main band ni..ha!ha! Jangan lah pikir mentang pergi buat show kat UK hah! dah femes kat sana…tempat dia orang main pun dalam hall murah dan kecik. Tanya lah band Estrella .. tu sape yang pergi tgk dio orang perform…kalau tak students dari Malaysia!