fbpx

Sari Yanti Akui Sunyi Sambut Raya Sebagai Ibu Tunggal

Menyambut kedatangan Syawal tanpa suami, pelakon Sari Yanti ini tidak dapat menafikan bahawa dia memang terasa sunyi namun dalam masa yang sama turut merasa beruntung kerana masih mempunyai keluarga terdekat.

BACA: Sari Yanti Ditahan Pihak Polis Ketika Di China

“Tipu jika saya tidak rasa kelainan beraya seorang. Bagaimanapun, saya cukup bertuah kerana kekosongan yang terdetik dalam diri terisi apabila saya pulang ke kampung halaman. Bagi saya, jika Allah halang sesuatu perkara itu, kita tidak akan menerima apa-apa”

“Namun, jika Allah memberi, tiada siapa yang akan halang kita untuk menerima. Ada hikmah dalam setiap perkara yang diizinkan Allah,” ujar Sari kepada Kosmo! selain menyatakan bahawa apa yang berlaku di dalam kehidupannya sebagai pengajaran dan membuatnya lebih matang.

Tahun ini, Sari Yanti bersama dua cahaya matanya, Barr Al-Aliy dan dan Basit Al-Haq telah menyambut hari raya bersama ahli keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. (rtky/s)