fbpx

Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Mula Bertudung?

Bakal menyambut hari lahir yang ke 21 pada 8 Mac (esok), sambutan sehari awal yang diadakan buat Elfira Loy sungguh meriah dan apa yang paling mengujakan kami ialah apabila melihat Elfira sudah mula mengenakan hijab di dalam gambar yang di kongsikan di Instagram.

BACA: Baim Wong Akui Bercinta Dengan Elfira Loy

Jika Elfira mahu menjadikan hari lahirnya sebagai tanda mula untuknya berhijrah, kami pasti ramai peminatnya menerima perubahannya itu dengan hari yang terbuka. Malah sokongan peminatnya itu dapat dilihat pada komen-komen positif yang berharap agar imej berhijabnya itu dikekalkan.

Buat masa ini, kami belum lagi dapat menghubungi Elfira tapi apa-apa pun kami sukakan konsep sambutan hari lahirnya yang cukup ringkas. Selain itu, sambutan hari lahirnya itu juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis. Kami kongsikan gambar Elfira. Enjoice!(rtky/syfq)