fbpx

Pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy atau Emi yang berusia 28 tahun dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa minggu ini.

BACA: Salih Yaacob Akui Bukan Mudah Beristeri Empat

Salih memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011. Tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini. Malah Salih juga sering menjadi lelaki contoh bagi mereka yang ingin hidup berpoligami.

Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu. (rtky/s)