fbpx

Saksi: Shahz Jaszle Mengaku Belum Nikah, Hanya Pakai Boxer

Nampaknya, kes khalwat Shahz Jaszle yang kini dalam perbicaraan di mahkamah bakal menjalani kisah yang sangat panjang dan sampai ada yang mengatakan yang ianya akan memakan masa bertahun sebelum selesai. Kita layankan sahaja.

Dalam prosiding terbaru semalam, saksi yang merupakan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata yang Shahz Jaszle & pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati masing masing mengaku yang mereka merupakan sepasang kekasih ketika diserbu Mei tahun lalu.

“Dua-dua (lelaki dan perempuan) dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya,” kata saksi kepada mahkamah semalam.

Pada serbuan yang dilakukan sekitar jam 3.50 pagi itu, saksi turut menambah yang Shahz Jaszle dan pasangannya berada dalam bilik kedua selepas pintu utama rumah tersebut dibuka oleh seorang lelaki yang kemudiannya menunjukkan lokai pasangan itu.

“Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju-T warna putih”

“Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari tidur dan turun dari katil. Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek (boxer) berwarna kelabu”

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ketika itu masih tunangan orang didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22, di dalam bilik sebuah rumah beralamat KC-01-16 Blok C, Kayangan Apartmen, Jalan PJS 1-/24, Taman Sri Subang, dekat sini, jam 3.50 pagi pada 16 Mei 2013. Bagi pertuduhan itu mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Farah Nurizzati mengaku salah dan didenda RM3,000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 10 Jun ini untuk sesi soal balas oleh peguam tertuduh. (rtky/m)