fbpx

Sakinah: Noor Dayana Redha Kalau Saya Berkahwin Dengan Ashraf Muslim

Ah semakin menarik perkembangan isu Ashraf Muslim yang di’khabarkan ingin berkahwin dua ini. Hari ini menerusi Harian Metro, seorang gadis tampil memberikan penjelasan akan isu ini.

BACA: Ashraf Muslim Enggan Komen Gossip Ingun Berkahwin Kali Kedua

Gadis yang mahu di’kenali sebagai Sakinah ini berkata yang beliau sudah lama mengenali Ashraf Muslim & Noor Dayana juga tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup selebriti dan pengamal perubatan Islam itu.

“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan”

“Bagaimanapun, jika ianya berlaku, dia redha,” ujar Sakinah yang juga mengatakan beliau sudah melakukan solat Istiqarah dan sudah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

“Bagaimana pun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf & isterinya,” tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi.