fbpx

Saharul Ridzwan Tak Bimbang Populariti Jatuh Selepas Kahwin

Seringkali berdolak dalih dalam menjawab persoalan mengenai hari perkahwinannya, pelakon Saharul Ridzwan dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia tidak merasakan popularitinya selepas berkahwin akan merudum selain yakin bahawa peminat akan sentiasa menyokonngya.

BACA: Saharul Ridzwan Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

Dia yang ditemui di Majlis Preview Raya Syukur Selalu TV3 & TV9 menjelaskan sifat keterbukaannya dalam soal ini dikhuatiri akan menjadi salah faham dan menyerahkan segala-galanya pada takdir. Bahkan Saharul tidak bimbang dengan kemungkinan popularitinya akan merudum selepas mendirikan rumah tangga.

“Tidak terfikir pun peminat akan berbuat begitu kerana status seseorang artis itu sendiri. Bagi saya mereka semua sudah bijak menilai. Rezeki semua di tangan Tuhan, kalau tak ada rezeki dalam berlakon mungkin rezeki dalam bidang lain,” katanya yang turut sibuk berniaga biskut raya serta serunding yang dibawa khas dari Kelantan.

Pelakon yang semakin meningkat naik, Saharul Ridzwan yang dikatakan akan bernikah tidak lama lagi seakan-akan berteka-teki kerana seringkali berdolak-dalih apabila disoal mengenai perkahwinannya itu.

“Kita hanya merancang Allah yang akan tentukan. Mungkin hujung tahun ini, mungkin seminggu lagi atau mungkin esok,” katanya sambil berseloroh. (rtky/h)