fbpx

Saharul Ridzwan, Isteri Tunai Umrah Bulan Depan

Nampaknya semakin murah rezeki Saharul Ridzwan dan isteri, jika sebelum ini ada khabar angin mengatakan Deena Emir kini sedang hamil, sekarang pula Saharul sedang merancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri. Menurutnya, beliau merancang untuk berangkat pada bulan depan selepas menangguh percutian bulan madu mereka pada awal perkahwinan.

BACA: Isteri Saharul Ridzwan Sedang Hamil?

“Alhamdulillah dapat juga saya dan isteri ke sana bulan depan. Semoga ibadat dan kunjungan kami akan dipermudahkan. Ia menjadi kali kedua saya mengerjakan umrah. Cuma kali ini bersama isteri tersayang. Bulan ini saya dan isteri akan mencuri masa untuk mengikuti kursus umrah”

“Syarikat produksi Global Station turut membenarkan saya membawa isteri menaiki kapal mewah menuju ke Phuket dan Krabi ketika menjalani penggambaran drama Arluna bersama Anzalna dan pelakon lain,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Sementara itu, Saharul yang telah bernikah sejak empat bulan lalu bagaimanapun terpaksa menangguhkan perjalanan bulan madu mereka yang dirancang pada awal perkahwinan kerana komitmen kerja. Apapun diharap segala perancangan Saharul sekeluarga berjalan dengan lancar, dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah. (rkty/w)