fbpx

Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah?

Apabila sudah popular, ada sahaja mata yang memandang sehingga keluarnya cerita-cerita yang tidak menarik. Terbaru Saharul Ridzwan pula dihentam oleh seorang penerbit kerana dikatakan membuat muka apabila ditegur pengarah mengenai lakonanya yang tidak menepati jiwa.

BACA: Syarul Ridzwan Tukar Nama Atas Nasihat Ustaz

Memetik Utusan Online, lagi menjelikkan adalah semasa di set penggambaran sudah la beliau tidak mengendahkan teguran yang diberikan pengarah malah Saharul juga dikatakan asyik terus bermain dengan telefon bimbit sahaja seperti tiada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga dikhabarkan suka mereka alasan seperti kereta rosak, ada orang meninggal lepas itu kereta rosak lagi, hanya kerana beliau berasa malas untuk menjalani penggambaran. Nampaknya Saharul betul-betul sudah berani menunjukan belang sekarang.

Tapi walau apapun jika benar apa yang dikatakan oleh penerbit ini, diharap Saharul boleh berubah sikap kerana popular tidak selamanya bertahan. Bak kata orang kalau setakat ada rupa paras yang kacak tetapi komitmen kerja hancur memang tidak akan dipandang orang juga. (rkty/w)