fbpx

Rumah Tangga Fatin Afeefa, Adam Shah Kini Bergolak?

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada Jun lalu, baru-baru ini hati Fatin Afeefa telah terluka gara-gara mesej perbualan di antara suaminya dan wanita lain. Pelakon filem Tentang Bulan ini kemudiannya bertindak memuatnaik screenshot perbualan tersebut ke Instagram.

BACA: Adam Shah, Fatin Afeefa Selamat Timang Anak Pertama

Rumah-Tangga-Fatin-Afeefa,-Adam-Shah-Kini-Bergolak----ROTIKAYA_in

Melalui perbualan tersebut, dua individu tersebut dilihat sedang merancang untuk berjumpa namun pertemuan dibatalkan kerana hari telah lewat dan juga turut ada sebentuk love emoticon – yang pastinya mencetuskan perasaan terkejut dan marah jika anda buat dan isteri anda baca!

Rumah Tangga Fatin Afeefa, Adam Shah Kini Bergolak? - in

Bagaimanapun, Fatin telah memadam gambar tersebut. Selain itu, Fatin juga memuatnaik gambar kata-kata yang mungkin menggambarkan perasaannya ketika ini. Mungkin juga suami Fatin mempunyai penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan atau mungkin dia tertekan love emoticon itu, manalah kita tahu’kan?