fbpx

Ruhainies Anggap Janna Nick Tidak Matang

Pelakon baru, Ruhainies akui terkilan apabila Janna Nick masih memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya sudah membuat kenyataan terbuka telah memaafkan kesalahan pelakon itu. Malah beliau juga menganggap tindakan Janna memuat naik video berserta kepsyen mencemuh dirinya sebagai kurang matang.

BACA: Mirip Nora Danish, Ruhainies Tak Tumpang Populariti

“Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja”

“Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya”

“Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini perselisihan diantara dua pelakon ini tercetus apabila Janna dikatakan menghasut pengarah terkenal, Micheal Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai teraju utama didalam filem arahan terbarunya, Kimchi Untuk Awak.

Bagaimanapun, isu ini kelihatan sudah menyepi apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna yang memuat naik video berkenaan baru-baru ini di akaun Instagramnya yang kini sudah dipadamkan, seolah-olah kembali menghangatkan dan menghidupkan lagi pergaduhan ini. (rkty/w)