fbpx

Rozita Che Wan Pakai Seluar Pendek Di London?

Kelakar pun ada bila mengenangkan masyarakat kita yang mudah melatah tanpa usul periksa lebih lebih dengan perkara yang bukan dilihat di depan mata. Gambar dalam Instagram selebriti pun boleh menjadi bahan mulut dan perbalahan di kalangan peminat.

Rozita Che Wan yang ketika ini masih bercuti bersama keluarganya di kota London terpalit satu kontroversi apabila beliau didakwa mengenakan seluar atau skirt pendek dalam salah satu gambar yang dikirimkan menerusi Instagram baru baru ini.

BACA: Rozita Che Wan Bawa Keluarga Shopping Raya Di London?

Bercakap kepada Berita Harian, Rozita Che Wan mengakui tidak terkesan dengan dakwaan sebegitu kerana jelas beliau tidak mengenakan sebarang pakaian yang mendedahkan aurat selain jelas dirinya bertudung dalam gambar yang diperkatakan.

“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”

“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta.

Memang selamba jawapan yang Che Ta berikan. Peminat yang seorang dua sering mencari kesalahan orang itu seharusnya selepas ini lebih sensitif membuat tuduhan lebih lebih jika ianya melibatkan maruah seorang wanita. Menulis komen seperti tiada hati perasaan, heh. (rtky/m)