Rossa Kembali Dengan The Best Of Rossa | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
14 September 2012, 8:09AM

Kariernya di dalam dunia muzik diakui sebagai salah seorang diva Indonesia terbukti melalui puluhan singlenya meletup di corong-corong radio di Malaysia mahupun Indonesia.

Melalui album ini Rossa berkongsi bersama peminatnya himpunan lagu-lagu hits beliau seperti Pudar, Ayat-Ayat Cinta, Tegar, Atas Nama Cinta, Kini, Ku Menunggu & Terlanjur Cinta.

Uniknya album kali ini, penjualan album Rossa ini di Indonesia hanya boleh didapati di Kentucky Fried Chicken (KFC) dan penjualan album ini menjangkau 1.5 juta unit.

Selain itu, lagu-lagu baru yang dimuatkan di dalam album ini turut berbeza buat pasaran di Malaysia kerana lima buah lagu baru dimuatkan berbanding tiga buah lagu sahaja di Indonesia.

Pertemuan Rossa bersama Joe Flizzow setahun yang lalu turut membuahkan hasil lagu yang sangat istimewa. Lagu ini adalah lagu bahasa Inggeris pertama yang dinyanyikan oleh Rossa di dalam albumnya. Nuansa muzik lagu tersebut juga sangat kental dengan ‘dance music’ dan sisipan rap dari Joe Flizzow.

Ketika sidang media, Rossa turut berkongsi bersama para wartawan ingin menunaikan haji bulan hadapan. Beliau akan berangkat ke Tanah Suci setelah mendaftar setahun lepas. Bercakap mengenai hubungan istimewa Rossa bersama seorang usahawan awal 30-an di Indonesia Rossa terus berteka-teki mengenai status beliau.

Rossa bakal kembali ke Malaysia lagi dalam jangka masa terdekat bagi memenuhi jemputan showcase yang bakal diadakan kelak. Peminat Rossa, album terbaru Rossa yang sudah berada di pasaran.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...