fbpx

Rita Rudaini Tidak Sunyi Raya Tanpa Suami

Walaupun sudah empat tahun menyambut kedatangan Aidilfitri hanya bersama anak-anak, Rita Rudaini menyatakan perkara itu tidak ada beza pun ketika dia ada suami atau pun tidak kerana apa yang penting adalah dapat beraya dengan keluarga tercinta di Perlis.

BACA: Rita Rudaini Persoal Kenapa Aidil Suka Menipu

“Hari raya atau hari biasa, saya tidak pernah rasa sunyi. Ketika masih berkahwin dulu pun tiada apa yang istimewa. Jadi, ada suami atau tidak, situasi dan suasananya sama saja. Apabila ada anak, hati saya lebih terisi dengan mereka”

“Saya bukan jenis tak boleh hidup tanpa lelaki. Malah, jauh sekali pentingkan diri dan disebabkan itulah sampai sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Selain itu, Rita juga menyifatkan kedatangan Aidilfitri itu adalah lebih mengerti tentang kesederhanaan dan bukannya menunjuk lebih daripada orang lain. Mengelakkan pembaziran, pelakon ini hanya menyediakan dua pasang baju untuk dirinya manakala anak dibelikan jubah saja. (rtky/s)