fbpx

Rita Rudaini Terus Pejuang Hak Wanita, Anak

Demi memperjuangkan hak dirinya sebagai isteri serta untuk kelangsungan masa depan anak-anak, Rita Rudaini tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa turun naik mahkamah sepanjang empat tahun menantikan perbicaraan kes mahkamah selesai.

BACA: Rita Rudaini Derita Batin, Aib

“Tipulah kalau saya kata saya tak penat, tapi apabila melihat anak-anak, semangat saya bertambah kuat. Malah kini saya bekerja bukan untuk diri sendiri lagi, tetapi untuk anak-anak. Saya sedar sejak mula saya naik turun mahkamah, ada yang memperlekehkan usaha saya”

“Mereka menganggap saya tidak ‘move on’, mata duitan dan sebagainya. Tetapi apa yang saya lakukan sebenarnya adalah hak untuk anak-anak. Bahkan ia juga adalah hak saya sebagai wanita. Di mahkamah, sebagai wanita, ada banyak hak yang boleh kita perjuangkan”

“Kalau menang, dapat duit, itu mahkamah yang putuskan,” kata Rita kepada Sinar Harian sambil menyatakan bahawa ketika ini, masih ada dua lagi kesnya yang akan berjalan di mahkamah termasuk kes mutaah.

Menurut Rita, apa yang dilakukannya itu bukanlah untuk mengajak wanita lain untuk bercerai namun sebagai contoh perjuangan yang harus dilakukan oleh setiap wanita yang berada dalam situasi yang sama dengannya.

“Saya dapat tahu ada yang bangkit dari perjuangan saya dan kalau mereka rasa betul, Alhamdulillah. Kadang-kala saya sedih apabila melihat ada wanita yang tak mahu memperjuangkan hak mereka dan kesudahannya mereka terpaksa bekerja keras tanggung anak-anak sedangkan bekas suami mereka hidup senang lenang,” katanya. (rtky/s)