fbpx

Rita Rudaini: Saya Tidak Akan Memenuhi Tuntutan Budak Budak Aidil Zafuan

Video Kes Penceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Ini merupakan video rakaman kenyataan penuh Rita Rudaini selepas prosiding ringkas berkaitan isu tuntutan cerai daripada suami, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petang, Shah Alam awal petang semalam yang berakhir dengan penarikan balik tuntutan.

Namun, tuntutan baru timbul daripada pihak plaintif supaya Rita Rudaini kembali taat kepada suami dengan berpindah rumah ke kediaman baru Aidil Zafuan di USJ 1 & ini menimbulkan episod baru dalam kes pergolakan rumahtangga pasangan ini yang sebenarnya sudah bertahun lama.

Rita Rudaini ketika menjawab pertanyaan para media di’luar mahkamah menjelaskan yang beliau rasa kelakar dengan tuntutan tersebut & berkata tidak akan memenuhi tuntutan tersebut yang di’anggap tidak matang. Video ini berdurasi 14 minit, jangan tidur.