fbpx

Rita Rudaini: Aidil Takut Isteri, Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah

Nah sekali Rita Rudaini membuat kenyataan balas, memang boleh terduduk lawan di sebelah sana. Awal hari ini, Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada media bahawa beliau mahu Rita Rudaini berhenti mereka cerita dan mencari salah isterinya, Zarema Zainal.

BACA: Aidil Zafuan Dakwa Tuduhan Rita Rudaini Sebagai Melampau

Menerusi Media Hiburan, Rita Rudaini tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pada awalnya Aidil Zafuan yang meminta beliau memuat turun aplikasi WeChat untuk mudah terus berhubung dengan anak anak namun selepas kantoi dengan isterinya, telefon bimbit pun dirampas.

Dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya 3 hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil hubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil”

“Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa history panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri”

BACA: Rita Rudaini Dakwa Isteri Aidil Zafuan Sekat Komunikasi Dengan Anak Anak

“Aidil juga cakap kerana kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan,” cerita Rita Rudaini.

Kalau benar seperti didakwa, ganas juga sifatnya isteri baru Aidil Zafuan ini. Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan juga pernah mengadu tentang sikap isterinya termasuk kehabisan duit kerana menanggung majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

Anda boleh membaca tulisan penuh di Media Hiburan untuk mendapatkan gambaran jelas akan apa yang diceritakan Rita Rudaini terhadap berkas suaminya & Zarema Zainal itu. Rasanya kisah ini tidak akan ada penghujung jika berterusan begini. (rtky/m)