fbpx

Riezman Khuzaimi Akan Rujuk Sekiranya Ada Jodoh Lagi

Pelakon Riezman Khuzaimi yang baru baru ini bercerai dengan Kartina Ayub berkata sekiranya jodohnya masih panjang dia tidak teragak-agak untuk kembali rujuk bersama bekas isterinya itu selain kini dia dan bekas isterinya itu kini menjadi rakan dan tidak pernah bermusuhan.

“Akan rujuk dan saya sentiasa berdoa dengan izin Tuhan kalau dijodohkan semula sebab bukan baru dah lama. Benda ini jadi pun macam tak percaya. Tapi kita kena yakin kuasa Allah”

BACA: Riezman Khuzaimi, Kartina Ayub Sah Bercerai Talak Satu

“Kami tidak mempunyai masalah. Ini satu aturan Tuhan dan saya dan bekas isteri masih berkawan kerana itu semua adalah jodoh. Kawan tetap kawan untuk anak-anak,” katanya yang ditemui semasa tayangan filem Jengka.

Riezman Khuzaimi turut mendedahkan yang dia kini agak kekok apabila kerja-kerja rumah yang dilakukan isteri sebelum ini terpaksa dilakukannya sendiri.

“Benda itu satu bila masuk tahun 2015, sesuatu yang terpaksa buat semua sendiri. Selebihnya apabila saya jadi mama dan papa. Jadi In shaa Allah akan lebih bagus. Kekok itu memang kekok seawal permulaannya,” tambahnya.

Sementara itu, Riezman Khuzaimi yang ditemui dalam majlis santai tayangan filem ‘Jengka’ turut membintangi filem tersebut dan memegang watak utama dalam filem paranormal arahan pengarah tersohor Aziz M.Osman. Filem tersebut akan menemui anda pada 26 Mac 2015 ini. (rtky/hfz)