Oleh RotiKaya Staff pada
19 September 2012, 12:09AM

Reza Mohammad: Ada Propaganda Untuk Sabotaj Karier & Hidup SayaRamai yang sedia maklum yang Reza Mohamed kini sudah mula bertugas di Suria FM bermula 1 Ogos 2012 yang lalu dan tidak kurang juga yang terkejut dengan berita itu.

Bercakap kepada media semalam Reza Mohamed mengakui yang beliau selesa dengan persekitaran baru walaupun banyak berbeza dengan suasana tempat kerja sebelum ini.

Di’tanya media tentang khabar yang mengatakan beliau tidak berdisiplin, Reza Mohamed berkata ianya bukan satu isu besar kerana beliau hanya mengambil cuti sehari dek demam.

Menurut Reza Mohamed, ada pihak yang dengki & menyusun proganda untuk menjatuhkan karier beliau ketika itu sengaja mereka cerita yang bukan bukan tentang disiplin beliau.

Namun semangat Reza Mohamed untuk terus bekerja tidak pernah luntur dari tempat kerja lama sehingga kini bertugas di Suria FM, selain kembali dalam Propaganza musim kedua.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...