fbpx

Remy Ishak Tegur Wartawan Dan Minta Tun Mahathir Komen Fenomena Gossip

Dan, kisah’nya pun bermula pertembungan pendapat & komen antara tiga penjuru — sang selebriti, peminat & wartawan hiburan.

Kisahnya, dalam satu ruangan gossip akhbar hujung minggu semalam, seorang penulis gossip yang menggunakan nama samaran Joyah menulis tentang perihal hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Penulisan wartawan tersebut mempersoalkan tindakan Remy Ishak & Tiz Zaqyah yang sebelum ini merahsiakan hubungan mereka berdua — dan membuat andaian rambang yang mereka berdua takut jatuh saham di’kalangan peminat.

Lantas Remy Ishak menerusi akaun Twitter rasmi beliau (@remy_ishak) menjawab persoalan ‘jatuh saham’ yang di’timbulkan wartawan ini dan berkata hubungan mereka adalah peribadi & tidak ada kena mengena dengan apa apa saham diri.

Sila baca dari bawah ke’atas kerana Twitter memang sebegitu sifat semulajadi. Jadi, teguran ikhlas Remy Ishak ini telah mendapat reaksi yang bercampur campur dari pelbagai pihak — termasuk golongan wartawan sendiri.

Kalau anda berminat, anda boleh perhatikan & baca sendiri komen komen balas dari peminat yang menyokong teguran Remy Ishak ini — dan mereka yang berkata Remy Ishak terlalu sensitif.

Satu yang menarik minat kami adalah kenyataan terakhir Remy Ishak yang meminta Tun Mahathir untuk memberikan komen tentang fenomena gossip Malaysia yang di’sifatkan sebagai kolot & tidak membina. Hmm.