fbpx

Remy Ishak Kata Semakin Rapat, Tiz Zaqyah Kata Hanya Kawan

Menarik. Kenyataan dari Remy Ishak di’keluarkan oleh Murai.com.my manakala kenyataan terbaru Tiz Zaqyah dikeluarkan oleh Gua.com.my.

Al-kisahnya wartawan bertanyakan kepada Remy Ishak tentang hubungan beliau dengan Ummi Nazira & Remy Ishak menjawab beliau sudah tidak berhubung dengan bekas kekasih beliau itu.

Remy Ishak juga mengakui dalam temubual yang sama bahawa beliau kini semakin rapat dengan Tiz Zaqyah & selalu keluar bersama-sama dengan rakan lain.

Hari ini, seorang wartawan lain bertanyakan kepada Tiz Zaqyah tentang hal ini, beliau nampak terkejut.

Malah dengan nada suara yang agak kecewa Tiz Zaqyah menyatakan yang hubungan beliau & Remy Ishak hanya kawan, tidak lebih dari itu.

Perkara kecil sahaja. Lagi pun Tiz Zaqyah sekarang masih single, apa salahnya Remy Ishak mencuba nasib.