fbpx

Raysha Rizrose Tidak Mahu Dibayangi Populariti Kakak

Baru sahaja dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2014/2015 baru-baru ini, Raysha Rizrose menolak dakwaan mengatakan kemenangannya berkait rapat dengan hubungan atau populariti yang diraih menerusi dua orang kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

BACA: Adik Uqasha, Nelydia Senrose Juara Dewi Remaja 2015

Menurut Murai, kemenangan Raysha tiada kaitannya dengan populariti kakak-kakaknya. Ini kerana pertandingan itu memang diadili oleh setiap juri professional yang hadir pada setiap minggu seperti Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri tetap serta juri jemputan.

Selain itu, melalui Instagram milik Raysha juga, gadis ini nampaknya sudah berpunya. Maka berguguranlah hasrat jejaka di luar sana yang mahu mencuba nasib. Apa pun semoga perjalanan seni Raysha yang baru sahaja bermula ini bersih daripada sebarang kontroversi.

Kami kongsikan beberapa keping gambar Raysha buat anda yang mahu mengenali dengan lebih dekat pemenang Dewi Remaja edisi 2014/2015. Enjoice! (rtky/s)