fbpx

Rani Kulup & Uqasha Senrose Sertai Super Spontan

Siapa sangka, progeam komedi yang seringkali menampilkan wajah pelawak kini turut mengundang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan juga Uqasha Senrose sebagai peserta rancangan tersebut. Rani Kulup? Biar betul?

BACA: Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Kini Dilamun Cinta?

Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim sebelum ini.

“Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan. Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak”

“Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini. Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

“Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti,” katanya kepada mStar Online. Kami pun tidak tahu mahu cakap apa lagi. Majulah industri komedi Malaysia demi kesejahteraan negara yang gilang gemilang dan aman makmur. (rtky/s)