fbpx

Rani Kulup Idamkan Pegang Watak Hero Dalam Filem

Pertama kali bergandingan di layar perak nyata tidak sedikit pun berasa kekok malah Rani Kulup selesa berhadapan di depan kamera. Dengan itu, beliau berharap akan diberi peluang untuk muncul lagi dengan sebagai hero dalam sebuah filem mahupun drama.

“Selepas ini kalau diberi peluang lagi saya mahu jadi hero dan berlakon dalam filem bergenre aksi pula,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Kipidap Selamatkan Hari Jadi yang mengambil inspirasi dari dirinya.

Tambahnya lagi, trademark kipidap yang sering kali digunakannya itu mempunyai maksud serta mesej tersirat yang ingin disampaikannya buat masyarakat di luar sana.

“Maksud Kipidap ini ialah Kita Pilih Damai dan Perpaduan itulah erti sebenar perkataan itu. Banyak mesej yang boleh kita terjemahkan melalui pengertian itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, sepanjang penggambaran yang dilakukannya dalam filem ini beliau menjelaskan tidak mengalami kesukaran untuk membawakan watak yang diberi, malah turut berbesar kerana diberi peluang untuk turut sama berlakon dalam filem tersebut.

“Tidak ada yang susah, saya senang melakonkannya lebih-lebih lagi apabila aksi spontan. Setakat ini sudah ada 2 tawaran untuk saya berlakon”

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali diberi peluang ini kerana saya sememangnya meminati seni dan mempunyai kumpulan ahli muzik sendiri,” katanya yang akan menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 17 Mac ini. (rtky/h)