fbpx

Ramli MS Nafikan Alyah Sudah Tinggal Bersama, Hanya Singgah Sesekali

Sebelum ini ada beberapa laporan media menyebut bahawa Dato’ Ramli MS bakal mengadakan majlis resepsi mereka berdua pada bulan September ini, namun ianya telah dinafikannya apabila perkara itu tidak masuk akal lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi sebegini.

Dia yang secara berseloroh telah memberitahu bahawa dia mahu mengadakannya selama 7 hari, 7 bulan untuk resepsi perkahwinan tersebut. Sempat bergurau.

“Ada buat 7 hari 7 bulan, ada ke dia tanya macam itu. Saya nak buat majlis kenduri doa selamat untuk rumah saya bukan resepsi,” katanya ketika ditemui di pejabar JAIS semalam.

BACA: JAIS Berpuashati Dengan Dokumen, Bukti Nikah Ramli MS & Alyah

Dalam masa sama, dia juga turut menafikan bahawa Alyah telah tinggal bersama kerana rumahnya kini masih belum siap sepenuhnya dan pada hari kejadian itu Alyah telah datang ke rumah tersebut untuk melawat, seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Pada masa yang sama juga ketika Alyah mahu pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh, tetapi pintu rumah itu telah terkunci dan Ramli MS telah menyarankam untuk balik pada jam 8.00 pagi dan tidak menyangka sama sekali perkara ini telah berlaku apabila diserbu oleh pihak JAIS.

“Ketika itu, dia hendak pulang ke rumahnya, tetapi saya menghalang kerana pintu telah dikunci dan saya pula berada di tingkat atas. Tetapi tidak mengapa saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku ini,” katanya.

BACA: Tidak Salah Ramli MS & Alyah Sorok Nikah, Kata Ustaz Kazim Elias

Dia yang memberitahu bahawa akan memberitahu secara umum mengenai status perkahwinannya adalah selepas rumahnya siap dibina dan mendapat kelulusan untuk mendudukinya (CF).

“Saya bercadang untuk memberitahu status perkahwinan ini selepas rumah saya siap sepenuhnya dan memiliki CF untuk mendudukinya,” ujarnya ringkas.

Manakala, hubungannya bersama isterinya Alyah tidak terjejas dengan isu ini kerana mereka masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa. (rtky/hfz)