fbpx

Ramli MS Masak Sahur Untuk Alyah, Anak

Beruntung sungguh Alyah kerana bukan semua suami mahu bangun sahur kemudian tolong sedia dan masak pula. Semuanya gara-gara Ramli MS yang sangat cerewet tentang makanan, jadi dia sendiri dengan relanya mahu memasak juadah untuk bersahur.

BACA: Alyah: Saya Masih Isteri Dia

“Memang setiap waktu sahur suami saya yang akan memasak. Kalau nak tahu Dato’ Ramli seorang yang cerewet bab makan ni, jadi dia lebih prefer dia yang masak sendiri. Kalau makanan yang kita beli di kedai apatah lagi bazaar, dia tidak suka”

“Kalau dia nak pun juadah seperti mutabak Singapura, itu pun kena pergi beli di Singapura manakala kalau nasi beriani gam kena beli di Batu Pahat. Jadi, memang selalunya dia ambil tugas masak untuk kami sekeluarga dan saya dengan bangganya akan ambil tugas mencuci pinggan,” katanya kepada portal Murai.

Selain itu, tambah Alyah, peluang bulan Ramadan yang datang pada tahun ini digunakan sebaiknya kerana dia juga memperlahankan aktiviti seni sekaligus memberi peluangnya untuk berbuka di masjid selain berterawih bersama keluarga. (rtky/s)