fbpx

Erra Fazira Sudah Berhijrah & Berhijab Penuh?

Minggu lalu menerusi sebuah akhbar harian, Erra Fazira ada meluahkan impian beliau untuk berhijab penuh dan sebelum ini pun sudah kerap mengenakan selendang ke majlis majlis tertentu selain dilantik menjadi wajah busana Muslimah rekaan pereka fesyen di Malaysia.

Melalui Forum Cari, seorang peminat hiburan telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan rakan kepada Erra Fazira berkongsi perkembangan terbaru selebriti itu yang dikhabarkan kini sudah berhijrah dan mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

BACA: Erra Fazira Mohon Peminat Doakan Proses Hijrah Dipermudahkan

#01 Rakan Dakwa Erra Fazira Sudah Berhijrah, Berhijab Penuh - ROTIKAYA

“Alhamdulillah! Looking pretty as always. Semoga penghijrahan ini membawa keberkatan. Doakan kami sekali,” tulis salah seorang rakan Erra Fazira.

Jika benar seperti apa yang disampaikan menerusi screenshot di atas, mungkin hati Erra Fazira sendiri sudah terbuka untuk berhijrah seperti mana yang beliau harapkan dalam doa para peminat sebelum ini. Kita terus doakan yang terbaik untuk Erra Fazira. (rtky/m)