fbpx

Rakan Artis Bidas Peminat Kutuk Rupa Wajah Isteri Hafidz Roshdi

Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga, Hafidz Roshdi nampaknya sekali lagi diduga dengan komen-komen peminat yang bertindak mengutuk rupa paras isterinya. Pelbagai kata-kata hinaan dilemparkan dilaman sosial Hafidz sehingga seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.

BACA: Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami

Screen Shot 2016-05-04 at 11.13.17 AM

Screen Shot 2016-05-04 at 11.14.15 AM

Dalam satu gambar perkahwinan yang dimuat naik oleh Hafidz, beberapa peminat telah memberikan komen negatif mengenai wajah isterinya, ada diantara mereka juga mendakwa pasangan itu kelihatan tidak sepadan oleh kerana wajah isteri Hafidz yang tidak begitu cantik.

Berang dengan kutukan melampau dilaman sosial itu, beberapa selebriti tempatan seperti Kamal Adli, Emma Maembong, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang tampil membidas kenyataan itu. Dilaman sosial itu juga dapat dilihat mereka saling berbalas komen diantara satu sama lain.

Apa pun, sebagai manusia kita tiada hak untuk menilai sesuatu kecantikan mahupun keburukan seseorang kerana itu semuanya adalah ciptaan yang maha Esa. Tiada satu pun yang sempurna didalam dunia ini, lebih-lebih lagi kita sebagai manusia. Jadi tidak patutlah kita menghina wajah seseorang, jodoh dan ajal semua ditentukan oleh Tuhan. (rkty/w)

Sumber: Siakap Keli