Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Raja Nabil Kecewa, Tidak Faham Jalan Cerita Filem Lakonan Sendiri

February 7, 2010 by RotiKaya Staff  

Pertama sekali, kali hilang kerana sibuk, bukan kerana kami lupakan dunia gossip & hiburan yang penuh warna warni ini.

Membaca akhbar Harian Metro pagi tadi buat kami mahu ketawa sampai pecah perut. Mungkin berita ini lebih menarik dari filem lakonan terbaru Nabil ini.

Nabil yang di’temui media selepas tayangan preview ‘Lu Pikirlah Sendiri’ tidak dapat menahan kekecewaan dalam hati beliau.

“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.”

Jarang sangat rasanya seorang pelakon utama sesebuah filem tidak faham akan jalan cerita yang di’lakonkan.

Kenyataan ini sudah memberi jaminan 100% untuk peminat filem Melayu supaya tidak membazir wang untuk ke panggung wayang.

Jangan nanti jadi seperti filem yang satu itu sudah’lah, baru seminggu masuk panggung, sudah tiada penonton.

Risau kami di’buatnya dengan industri filem Malaysia sekarang.

Comments

15 Comments on "Raja Nabil Kecewa, Tidak Faham Jalan Cerita Filem Lakonan Sendiri"

  1. Obefiend on Sun, 7th Feb 2010 9:53 pm 

    bala! FFFFAIllllllllllllllllll gila. kenapa la sengal sangat. siapa direktor?

  2. landaklaut on Sun, 7th Feb 2010 11:50 pm 

    keciannye nabil. kalau die pon tak paham, apetah lagi penonton lain. hurghh..~

  3. Kak Wok on Mon, 8th Feb 2010 12:16 am 

    Macam mana Nabil tidak faham jalan cerita filem lakonan sendiri?

    Tak baca script ke Nabil oooiii?

    Rumah dah siap, pahat masih berbunyi!

  4. curvy_luff on Mon, 8th Feb 2010 11:54 am 

    nampak gaya, sepilah panggung kalau hero sendiri dah declare :-(

  5. Sweet Thinker on Mon, 8th Feb 2010 1:00 pm 

    hehe. tape la filem nie kelaut. yg penting puteri sarah. bakal solo sbb gaduh ngan pakwe!

  6. bojan on Mon, 8th Feb 2010 1:09 pm 

    obe, buat la movie-o-mete ko tu.

  7. Nana on Mon, 8th Feb 2010 3:20 pm 

    elok lah cakap cam 2… nati org filem x nak amik kau blakon lagi dlm drama/filem mereka…. buat rugi jer.. @ pun nabil takut penonton kutuk lakonan dia…nak cover line la 2..

  8. curvy_luff on Mon, 8th Feb 2010 4:35 pm 

    nampak sgt, dia ckp tanpa berfikir dahulu. ckp lepas jek..

  9. Ragam Artis on Mon, 8th Feb 2010 5:24 pm 

    adess..kutuk filem sendiri..
    lepas korang baca kat roti kaya meh ke
    ragam-artis.blogspot.com lak.. XD

  10. ewiezz on Tue, 9th Feb 2010 9:31 am 

    reverse psyclgy tuh… ntah2 makin berduyun org g tgk cite tu sbb nk mensahihkan kebenaran kate2 nabil tuh…

  11. JOE on Tue, 9th Feb 2010 7:07 pm 

    Dia dah matured, dan pandai menilai, dulu dia sign je, tak tgk, kaji semua. Next time beringat…Dan jgn sekali kali berlakon dgn pengarah bodoh mcm ni dan Razak Mohaideen. Ia akan membuat bakat Nabil hancur. Contohnye Sifu Tongga…Apek lagilah bodoh…Suma filem dgn Razak hancur…Cuma Duyong ok je, tu pun Penerbit KRU. try kerja dgn mamat khalid ke, Aflin, Ahmad Idham ke…diornag boleh utilize talent Nabil.

  12. kisahsensasi on Tue, 9th Feb 2010 11:12 pm 

    Kalau jalan citer hancur….letak selebriti hebat pun …filem tak ke mana…..

  13. nabihah on Sat, 13th Feb 2010 9:39 am 

    apa la. macam tu pulak cerita. poyo la…..

  14. biola berbunyi on Wed, 24th Feb 2010 7:24 pm 

    artis pertama yg kutuk lakonan sendiri. produksi penat2 buat promosi dia sedap2 mengahancuskan promote..
    jp lg kang kne saman.. lu pikirlah sendiri nabilll…

  15. mat kaypo on Fri, 26th Feb 2010 4:36 am 

    tu laaa banyak sangat bawa balik pompuan sampai terlupa jln cerita …..lu pikirlah sendiri…tambahan….sendiri mau igat….





Blog Widget by LinkWithin