fbpx

Raja Ilya Tak Sangka Watak Jahat Dihargai

Pelakon jelita persis pelakon hindustan, Raja Ilya menjelaskan dia tidak menyangkakan sama sekali akan berjaya membawa pulang trofi bagi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi Drama Lorong Kecil Ke Syurga.

BACA: Raja Ilya Dirasuk Ketika Penggambaran Filem Seram

Menurutnya lagi, dalam kategori berkenaan persaingannya cukup hebat serta wataknya dalam drama tersebut yang begitu antagonis atau jahat.

“Pertama kali merangkul anugerah ini saya begitu tidak menyangkakan sama sekali apabila diumumkan sebagai pemenang kerana melihatkan persaingan yang cukup hebat dan ternyata rezeki memihak kepada saya. Lagi pula watak antagonis yang saya bawakan dalam drama ini cukup mencabar”

“Alhamdulillah pencalonan pertama di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) telah membuahkan hasil. Mungkin ada yang mengatakan watak jahat ialah sinonim dengan saya tetapi bukan senang untuk membawakan watak yang sebegitu. Saya kalau boleh mahu menerokai watak antagonis yang lebih lagi seperti seorang yang psiko,” katanya. (rtky/h)