fbpx

Raja Ilya Masih Belum Berhijab Kerana Kontrak Berlakon

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Raja Ilya sudah bertudung apabila dia memuatnaik gambar di Instagram. Melalui Harian Metro, pelakon ini mengakui bahawa dia sudah pun sedia untuk berhijrah namun ketika ini masih terikat dengan beberapa kontrak lakonan.

“Gambar saya berhijab itu diambil daripada dua babak telefilem. Namun saya tidak sangka ia akan mengelirukan peminat pula. Ramai peminat dan pengikut saya di Instagram ingin tahu kebenaran sama ada sudah pun berhijab atau pun sebaliknya”

“Justeru saya berharap semuanya sudah pun jelas menerusi kenyataan ini. Sebenarnya saya memang sudah bersedia untuk bertudung sekarang, tetapi buat masa ini saya masih terikat dengan kontrak berlakon filem Tamil dan projek di luar negara,” kata Raja Ilya.

Selain itu dalam masa yang sama, pelakon ini juga berharap agar peminatnya sentiasa mendoakan agar dia boleh segera bertudung. Apa pun, semoga niat murni Raja Ilya akan tercapai serta dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)