fbpx

Raja Farah Kesal Stesen TV Siar Program Bersama Bekas Suami

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 6 September lalu, pelakon Raja Farah menyatakan perasaan kesal apabila sebuah stesen televisyen kerap menyiarkan rakaman bersama bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria dalam rancangan Destinasi Cinta.

BACA: Di Sekitar Majlis Resepsi Raja Farah Dan Suami

“Saya tidak kisah cuma harap pihak stesen televisyen itu lebih peka serta sensitif dan tidak menyiarkan lagi program tersebut. Alhamdulillah, suami saya faham dan tidak kisah, cuma saya tidak mahu pihak keluarga belah dia berkecil hati pula bila terlalu kerap kisah itu disiarkan”

“Saya jarang tengok televisyen, tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa kali peminat saya tegur di laman sosial bahawa program tersebut sedang ditayangkan”

“Saya tahu stesen televisyen itu juga ada alasan, tapi cuma saya harap mereka lebih sensitif tentang hal-hal sebegitu,” katanya kepada mStar Online selain menyatakan bahawa dia kini masih dalam fasa berbulan madu bersama suami.

Raja Farah juga bakal menunaikan ibadah umrah pertengahan Disember ini dan melangsungkan majlis resepsi keduanya pada Januari depan di Singgahsana Anjung Floria, Putrajaya dekat sini. (rtky/s)