fbpx

Raja Farah Bakal Nikah 6 September Ini

Masih lagi belum memperkenalkan bakal suaminya, Raja Farah dalam masa yang sama menjelaskan bahawa mereka akan melangsungkan pernikahan kali keduanya pada pagi 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong. Raja Farah dan pasangannya itu sudah pun bertunang baru-baru ini.

BACA:

“Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya”

“Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi,” jelasnya kepada BH Online. Lebih menarik lagi, wajah bakal suaminya terus kekal misteri dan hanya akan didedahkan pada majlis pernikahan itu nanti.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu. Sama-samalah kita doakan agar majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Eddie PhotoVideo