fbpx

Raja Azmi Rasa Bersalah Cucu Tahu Kisah Silam

Nekad untuk tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi lagi, Raja Azmi mengakui mahu membersihkan namanya kerana merasa bersalah sekiranya cucu kepada produser filem ini mengetahui kisah silamnya.

BACA: Raja Azmi Keliru Bekas Suami Mahu Rujuk Semula

“Jika boleh saya ingin membersihkan nama daripada sebarang kontroversi kerana cucu saya semakin membesar dan tidak lama lagi mereka sudah pandai membaca serta menggunakan Internet. Saya akan berasa bersalah jika mereka tahu kisah silam saya dahulu”

“Jadi kini saya ingin membersihkan nama dengan memperbanyakkan cerita lebih positif,” katanya kepada mStar Online selain menjelaskan bahawa apa yang terjadi sebelum ini banyak memberi pengajaran dalam lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

“Kalau tidak ada kontroversi yang berlaku sebelum ini mungkin sehingga sekarang saya masih belum sedar diri mengenai apa sebenarnya terjadi,” katanya.

Tambah Raja Azmi dia kini lebih banyak terlibat dengan beberapa kerja amal yang membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan selain memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. (rtky/s)