fbpx

Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli

Keintiman hubungan diantara Ayda Jebat dan Redza Rosli baru-baru ini, sedikit sebanyak membuatkan ramai tertanya mengenai status Ayda dan Radin yang suatu ketika dulu pernah dikatakan bercinta. Dengan itu Raden menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berasa kecewa dengan perkara itu malah tidak perlu bersimpati terhadapnya.

BACA: “Doakan Hubungan Saya Dengan Redza Rosli”

“Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta. Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka”

“Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja. Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis. Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi,” katanya kepada m Star Online.

Sejak kontroversi percintaan Ayda dan Redza, ramai yang mula membuat andaian Radin di friendzone kan oleh Ayda. Ramai juga meluahkan rasa kasihan terhadap Radin yang kononnya telah ditinggalkan sejak kehadiran Redza. Tetapi sebagai kawan rapat, Radin sentiasa mendoakan kebahagiaan rakannya itu dengan sesiapa sahaja beliau bersama.

Terdahulu, Ayda ada meminta doa daripada peminat mengenai hubungannya dengan Redza yang mula mendapat perhatian ramai setelah dilihat sering memuat naik gambar bersama. Malah pasangan ini juga turut dilihat hadir ke acara hiburan bersama-sama. (rtky/w)