fbpx

Radin Tidak Tolak Jika Jodoh Dengan Ayda Jebat

Baru-baru ini gosip cinta diantara pasangan selebriti penyampai Era FM, Radin dan Ayda Jebat hangat diperkatakan umum. Semalam pula, Radin tampil mengenakan pakaian sedondon dengan Ayda ketika menghadiri sebuah majlis anugerah, sekaligus menguatkan lagi dakwaan orang ramai.

BACA: Radin Nafi Bercinta Dengan Ayda Jebat

“Kalau ada jodoh antara kami, saya tidak menolaknya. Semua ini ketentuan Tuhan. Kalau dikutkan, sejak dirinya memasuki Akademi Fantasia musim kesembilan lagi saya sudah sedar kehadirannya. Selepas itu pula dia meletup dengan drama Rindu Awak 200%”

“Tahun lalu, dia jadi tetamu saya di konti radio Era ketika mempromosikan single Siapa Diriku. Tahun ini saya jadi hos majlis sambutan hari lahirnya pula. Peminatnya pun menyenangi saya. Jadi, tiada masalah untuk kami berkawan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Bagi Ayda pula, beliau tidak menafikan bahawa dirinya dan Radin sedang berkawan rapat kerana baginya Radin mempunyai personaliti disenangi olehnya. Malah akuinya lagi, mereka mempunyai banyak persamaan seperti berperangai gila-gila dan suka bercakap.

Pada masa yang sama, Ayda turut mendedahkan bahawa peminatnya juga amat menyukai Radin ketika beliau mengacarakan majlis sambutan hari lahirnya yang lalu. Malah Radin juga pandai membeli jiwa peminatnya sampaikan ada diantara mereka yangc cair dengan ayatnya yang manis. (rkty/w)