fbpx

Radin Nafi Bercinta Dengan Ayda Jebat

Penyampai radio Era, Radin menafikan dakwaan yang mengatakan beliau adalah individu yang dimaksudkan oleh Ayda Jebat mengenai dirinya yang sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio ketika ditemu bual didalam program Melodi sebentar tadi.

BACA: Janna Nick Kurang Senang Dibandingkan Dengan Ayda Jebat

“Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami”

“Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Tambahnya lagi, beliau selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggilan si kenit kerana walaupun beliau menggunakan ganti diri adik namun sebenarnya beliau lebih matang dan bijak mengawal situasi.

Terdahulu, Ayda ada mengulas mengenai gosip yang melanda dirinya, bahawa kononnya kini beliau sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio. Namun bagaimanapun, Ayda menafikan menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana individu setakat ini. (rkty/w)