fbpx

Que Haidar Kutuk FFM 27 Sebagai Anugerah Kanak Kanak

Tidak berselindung dan berterus terang, pelakon Que Haidar telah meluahkan perasaannya di laman Twitter mengenai bagaimana pemilihan filem untuk Festival Filem Malaysia yang ke 27 (FFM 27) dilakukan lebih-lebih lagi apabila filem lakonannya, Ophilia tidak terpilih. Selain itu dia juga menyifatkan acara itu seperti anugerah untuk kanak-kanak.

BACA: Que Haidar Sarankan Pandang Sudut Positif Skinhead

1 - Que Haidar Kutuk FFM 27 Sebagai Anugerah Kanak Kanak - ROTIKAYA

Dalam masa yang sama, Bront Palare juga turut menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di dalam setiap pemilihan filem di dalam satu acara anugerah sama ada di luar mahu pun dalam negara.

2 - Que Haidar Kutuk FFM 27 Sebagai Anugerah Kanak Kanak - ROTIKAYA

Tidak bertindak melulu, Que kelihatan akur dengan beberapa penjelasan Bront namun apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pelakon ini sebenarnya seringkali menjadi bahan pertikaian pihak media dan individu sebaik selesai majlis tersebut. Tidak kurang juga ada yang melabelkan anugerah sebegini sebagai anugerah yang – syok sendiri.

Jika dilihat pada satu sudut lain, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Bak kata Bront ketika menjelaskan kepada Que – semuanya adalah di atas dasar sentimen dan selera yang sama di antara juri. (rtky/s)