fbpx

Qi Razali Sudah Mula Lakukan Persiapan Kahwin

Pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose nampaknya masih menjadi tanda tanya kerana Qi sendiri mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan tentang hubungan mereka walaupun kita tahu mereka berdua sedang dalam fasa-fasa kebahagiaan.

Walaupun begitu Qi telah mengakui perlahan-lahan membuat persiapan.

Sebelum ini kekasihnya sendiri, Nelydia Senrose turut memberikan kenyataan bahawa kedua-dua belah pihak akan bertemu sebaik sahaja ibunya itu pulang daripada mengerjakan umrah.

BACA: Nelydia Senrose Idamkan Majlis Kahwin Tema Fantasi, Tepi Pantai

“Benar seperti yang Nelydia beritahu sebelum ini, selepas ibu bapanya pulang daripada umrah baru-baru ini, keluarga kami telah pun berbincang antara satu sama lain. Tetapi masih belum ada apa-apa yang pasti kerana perkahwinan bukan perkara main-main”

“Apabila semua sudah ditetapkan, kami berdua tidak sembunyikan berita gembira,” jelasnya ketika ditemui di Majlis Pra Tonton Filem Suamiku Jatuh Dari Langit di Sunway Pyramid kelmarin.

Bagaimanapun, Qi enggan mengulas lebih lanjut mengenai perancangan yang telah dipersetujui oleh mereka berdua kerana tidak mahu dianggap beria-ia dalam menceritakan kisah peribadi dan akan memberitahu apabila tiba waktunya nanti.

“Seperti pasangan lain yang sudah bersedia ke arah gerbang perkahwinan, kami juga ada pergi ke kedai-kedai emas untuk melihat cincin. Tetapi rasanya, itu bukan satu perkara yang perlu dihebahkan. Semua pasangan bercinta dan berniat mahu kahwin pasti melakukan perkara serupa”

Sementara itu, Qi bergandingan bersama pelakon Nora Danish, Atikah Suhaime dan yang lain-lain akan menemui anda pada raya pertama ini dengan kemunculan filem terbaru mereka berjudul Suamiku Jatuh Dari Langit yang penuh dengan aksi-aksi yang mencuit hati dan terselit juga dengan sedikit mesej keinsafan dalam diri. (rtky/h)