fbpx

Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Masihkah anda ingat mengenai kisah Puteri Mardiana yang ditangkap berkhalwat tahun lalu? Kini Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember 2014.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

BACA: Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu. Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.

Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Putri atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan dipetik daripada mStar Online, 17 Disember 2014 memberitahu, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Malah pada Mac tahun ini juga, Mardiana turut sekali lagi ditangkap khalwat bersama Shahrizam di kediaman isteri kekasihnya itu sendiri, di USJ 1, Subang Jaya. (rtky/s)